Bagian 4

Apa itu file ELF?

ELF adalah "Executable and Linking File", ia adalah seperti EXE file untuk Windows. File ELF ini biasanya untuk sistem Unix atau Linux. Semua applikasi PS2 menggunakan format ELF untuk menjalankan sebuah applikasi atau program juga untuk games. Jika kita lihat isi disc games PS2, kita akan menemukan nama file SLXX_YY.ZZ. Ini juga adalah sejenis file ELF. File ELF ini bisa dijalankan melalui cd atau memori card dan juga USB drive.

Bagaimana hendak membuat fail ELF dijalankan daripada CD?

Di dalam format CD PS2, satu bernama SYSTEM.CNF diperlukan bersama dengan file ELF supaya file ELF itu bisa dijalankan. Di bawah ini contoh SYSTEM.CNF (File ini boleh dibuat dengan menggunakan Notepad di Windows).

BOOT2 = cdrom0:\HDLOADER.ELF;1
VER = 1.00
VMODE = PAL/NTSC


Sekarang ini kita sudah ada 2 fail yang akan dimuatkan ke CDR yaitu file HDLOADER.ELF dan juga file SYSTEM.CNF.

Perhatian : Kedua - dua fail ini mesti BERHURUF BESAR. Lihat gambar di bawah.



Applikasi yg diperlukan untuk membuat Image file :-

CDGENPS2 v3.0
DummyFIle

Keduanya dapat di download dari Exploitstation - Playstation 2 Console Exploits.

Cara Membuat Fle dummy Menggunakan DummyFile. Jalankan dummyfile.exe. Pilih "Pick Location", pilih lokasi elf file tersebut kemudian letakkan angka 30 dan tekan Build. Lihat gambar di bawah.





Sekarang ini di dalam folder HDLOADER mempunyai 3 file yaitu SYSTEM.CNF, HDLOADER.ELF dan juga dummy.bin. Lihat gambar di bawah.



Sekarang jalankan CDGENPS2. Tarik fail SYSTEM.CNF dahulu dari folder HDLOADER tadi ke dalam CDGENPS2. Klik kanan mouse dan pilih Edit. Lihat gambar.



Pilih Fix LBA dan masukkan nilai 12231 di dalam kotak LBA dan tekan OK. Lihat gambar di bawah.



Kemudian tarik file dummy.bin dahulu, selepas itu tarik pula file HDLOADER.ELF tadi ke CDGENPS2. Sekarang ini kesemua file sudah berada di dalam CDGENPS2. Lihat gambar.



Kita sudah siap untuk membuat file image yang bisa di burn ke Nero. Tekan IMG dan pilih lokasi untuk disimpankan file image ini dan juga berikan nama untuknya. Di dalam contoh ini HDLOADER dan tekan SAVE.



Proses membuat image akan berjalan dan satu pesan akan keluar apabila proses ini selesai. Lihat gambar.



Kita akan dapati dua file image baru yaitu HDLOADER.bin dan juga HDLOADER.cue.



File image ini bisa diburn menggunakan applikasi Nero atau Alcohol 120 ke CDR.

Ambil CDR tersebut dan masukkan ke PS2 dan HDLOADER akan dijalankan.





Jika terdapat kekeliruan dalam tutorial, mohon dikoreksi